Tuesday, October 19, 2010

sAyaNG,,npe saYaNG ciNtAkaN ayG eK????

Dalam satu kisah percintaan yang indah,,Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah,, Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik,, Kemudian si isteri bertanya kepada si suami,, Ini dialog mereka



Isteri : Mengapa syg menyukai ayg? Mengapa syg cintakan ayg?



Suami : Syg tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu syg memang menyayangi dan mencintai Ayang!



Isteri : Syg tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana syg boleh katakan syg sayang dan cintakan ayg sedangkan syg tidak boleh menerangkannya.



Suami : Betul! Syg tak tahu sebabnya tetapi syg boleh buktikan bahawa syg memang cintakan Ayg!



Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Ayg hendak syg terangkan kepada ayg sebabnya,, Kawan-kawan ayg yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu syg tidak boleh terangkan sebabnya.



Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Syg mencintai Ayang sebab ayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati syg selalu. Syg juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak ayang melangkah, di situlah cinta Syg bersama Ayang!”



Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyee,, Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,



“Ayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.



Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.



Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.



Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”



Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu,,

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com