Friday, November 19, 2010

SoRRy sEeMs tO Be tHe HaRDeSt wORd,, :"((



What have I got to do to make you love me
What have I got to do to make you care,
What do I do when lightning strikes me
And I wake to find that you're not there?

What have I got to do to make you want me,
What have I got to do to be heard,
What do I say when it's all over??
And sorry seems to be the hardest word,,

It's sad,,so sad
It's a sad, sad situation
And it's getting more and more absurd.


It's sad,,so sad 
Why can't we talk it over?
Oh it seems to me 
That sorry seems to be the hardest word.




What have I got to do to make you want me,

What have I got to do to be heard,
What do I say when it's all over??
And sorry seems to be the hardest word.



It's sad,,so sad

It's a sad, sad situation
And it's getting more and more absurd.

It's sad,,so sad 
Why can't we talk it over?
Oh it seems to me 
That sorry seems to be the hardest word.



ps: gmbo ni xde kne mngene ngn pape hnye sbgai hiasan,,sape yg tahu shje dpt mngerti,,



iNteReStiNG aDveRtiSeMeNt,,!!!

 wat iklan cat 2,,

 serius aku paling ske iklan ni,,comel je,,

 gile seyh,,klu jatuh kete 2 sie2 je,,

 wah,,coca-cola,,(dlm nada menyanyi,,hehe)

 peti sejuk besau penye,,:))

 gile ar,,real seyh,,

 nescafe!!!fav 2,,    
                                                                                                                      
 .... kete bnyk,,

aku xphm la iklan ni,,korg phm x??


sToRy aBout eRaSeR n PeNciL,,

Pencil: I'm sorry.... 

Eraser: For what? You didn't do anything wrong. 

Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time. 

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :) 


I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

Monday, November 15, 2010

MaK,,sAya SayaNG mAK!!!

Isk.. Isk.. Isk..
Aku menangis, aku terkedu.
Ya Allah, Kau ampunkanlah aku Dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.
Hamba-Mu ni anak yang derhaka, anak yang tak mengenang jasa.
Hamba-Mu ini tak tahu menilai intan Dan kaca.
Hamba-Mu ni alpa Dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego...
Kini semuanya tak berguna lagi, ibuku telah tiada.
Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal memberi kasih sayang Dan menjaganya di usia tua..
Oh! Kejamnya hamba-Mu ini...
Aku mengimbau....
"Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu Mata aja."
"Biarlah Man, lama-lama mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."
"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man. Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man Ada mak yang hodoh, Mata satu. Man malu mak!"
Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin Dan keluar belajar jauh dari kampungnya.
Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu. Tapi dia tetap bersabar Dan sentiasa mendoakan kebahagiaan Dan kejayaan anaknya itu.
Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan. Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya. Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung.
Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya Dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu. Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa.
Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota. Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia. Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato' Dan mempunyai dua orang cahaya Mata - seorang putera Dan seorang puteri.
Hati ibunya melonjak-lonjak ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu. Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!
Suatu Hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota.
Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada Dan berjaya.
Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya Dan tersohor di Malaysia!
Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumahtersebut.
"Keretanya Ada, lagipun Hari ni Hari minggu, pasti anakku Ada di rumah" getus ibunya.
Seorang pembantu rumah separuh umur datang Dan menanya,
"Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?"
"Makcik nak jumpa dengan anak makcik"
"Anak makcik? Siapa?"
"Dr. Rizman TU anak makcik, anak tunggal makcik"
"Ooo... Sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan"
Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.
Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.
"Siapa kau wahai orang tua?"
"Man.. Anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung."
"Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu Dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?"
"Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni Mata satu, macam hantu!"
"Kau dengar TU orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau Cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!"
"Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa"
"Arghh.. Mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!"
Maknya menangis Dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya Dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai Dan hilang di puput bayu...
Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala. Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang di bakarnya. Rizman rasa panas yang amat membara Dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.
Tiba-tiba dia terdengar satu suara,
"Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibumu yang melahirkan Dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!"
Rizman terkejut Dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar. Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hamper tujuh Hari berturut-turut dengan mimpi yang sama. Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya.
Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!
Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat Dan begitu sunyi.
Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.
Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.
"Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?"
"Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?"
"Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?" herdik Fuad.
"Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?"
"Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru 2 hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah"
"Apa?"
Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!
"Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri."
Man mengambil surat tu dan membaca...
Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,
Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.
Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.
Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.
Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.
Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.
Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.
Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.
Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.
"Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!"jerit Rizman.

*******************************************
Dari Abu Hurairah R.A:
Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?" "Ibumu." Baginda S.A.W menjawab. "Kemudian siapa?", "Ibumu", "Kemudian setelahnya siapa?","Ibumu." Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, "Kemudian siapa?" "Ayahmu"jawab Baginda Rasulullah S.A.W.
Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!

Sunday, November 14, 2010

kaLau SuaMi,,,n JiKa sUami,,

KALAU SUAMI..
 
1) Kalau suami dah mula berahsia,,Itu tandanya dia tak setia
 
2) Kalau suami meninggi suara,,Itu tandanya dia dah ada makwe
 
3) Kalau suami mengaku bujang tua,,Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
 
4)Kalau suami selera tak ada,,Itu tandanya dia nak pasang dua
 
5)Kalau suami lambat balik aje,,Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
 
6)Kalau suami tidur di ruang tamu,,Itu tandanya dia dah jemu
 
7)Kalau suami malam jumaat buat tak tahu,,Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
 
8)Kalau suami garang macam singa,,Itu tandanya hati dia dah tak cinta
 
9)Kalau suami asyik komplen aje,,Itu tandanya dia dah tak suka
 
10)Kalau suami mula sepak terajang ke muka,,Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA,,mak ai aku rela,,
 
JIKA SUAMI
 
1) Jika suami sayangkan isteri,,Dapat gaji semua diberi
 
2) Jika suami sayangkan isteri,,Kerja rumah rela dikongsi
 
3) Jika suami sayangkan isteri,,Kereta diberi suami naik LRT
 
4) Jika suami sayangkan isteri,,Duit poket diberi setiap hari
 
5) Jika suami sayangkan isteri,,SMS dikirim tanda rindu dihati
 
6) Jika suami sayangkan isteri,,Kongsi masalah nasihat dikasi
 
7) Jika suami sayangkan isteri,,Diberi ciuman setiap pagi
 
8) Jika suami sayangkan isteri,,I love U, I miss U,,muaaahhh333,,,katanya setiap hari
 
9)Jika suami sayangkan isteri,,Isteri gemuk, dikatakan seksi
 
10)Jika suami sayangkan isteri,,Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
 
11)Jika suami sayangkan isteri,,Kemana sahaja dibawa pergi
 
12)Jika suami sayangkan isteri,,Sentiasa jujur perihal diri
 
13)Jika suami sayangkan isteri,,Status berkahwin bangga sekali
 
14)Jika suami sayangkan isteri,,Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori atau ???
 
JIKA SUAMI,, lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ,,
 
KALAU SUAMI,, lebih banyak dari JIKA SUAMI,, maka berhati-hatilah,, wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA,,
 
PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
 
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan a NERAKA ?????
 
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI.. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI,,
 
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA,,

paNtuN saKiT Hati,,

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar,,

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang,,

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery,,

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti,,

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak,,

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu,,

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke,,

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka??

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan,,

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya,,

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan,,

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau,,

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water,,

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit,,

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena,,

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap,,

ps:// amacam???sakit ati x bace???huhu,, 
 

Blog Template by YummyLolly.com